Pertempuran Thermopylae
Pertempuran Thermopylae

Pertempuran Thermopylae

Dalam Pertempuran Thermopylae bertarikh 480 SM, persekutuan negara bandar Yunani bertarung melawan Empayar Parsi yang menjajah di genting Thermopylae di tengah Greece. Dengan bilangan jauh lebih kecil, tentera Yunani menahan bala tentera Parsi dalam pertahanan ketitisan darah terakhir antara yang paling terkenal di dunia, sungguhpun akhirnya jatuh kepada Parsi. Satu pasukan kecil diketuai oleh Raja Leonidas dari Sparta menyekat satu-satunya jalan yang boleh dilalui oleh bala tentera Xerxes I dari Parsi (Xerxes Agung) boleh lalu. Selepas dua dan setengah hari pertempuran, seorang penduduk tempatan yang bernama Ephialtes dipercayai berpaling tadah pada pihak Yunani dan mendedahkan denai kambing yang membawa kepada belakang barisan tentera Yunani yang bertahan.Tentera Yunani diwakili oleh "tiga ratus Spartan bersenjata; satu ribu dari Tegea dan Mantinea, separuh dari setiap tempat; seratus lima puluh dari Orchomenus di Arcadia dan seribu dari Arcadia yang lainnya; sejumlah Arcadia yang sama banyak, empat ratus dari Corinth, dua ratus dari Phlius, dan lapan puluh dari Mycenae. Terdapat juga dari Peloponnesos; dari Boeotia terdapat tujuh ratus Thespiae dan empat ratus Thebes."[3] Dalam pertempuran akhir, ketika kemenangan Parsi tidak dapat dielakkan, kebanyakan tentera Yunani berundur tetapi Leonidas dan sesetengah yang lain kekal untuk bertarung. Sungguhpun mereka "tahu bahawa mereka akan mati di tangan orang Persia, mereka menunjukkan kekuatan teragung yang dimiliki mereka"[4]Tentera Parsi berjaya menawan genting tersebut tetapi mengalami kemalangan jiwa yang besar, jauh lebih besar berbanding pihak Yunani. Tentangan sengit oleh tentera diketuai oleh Spartan memberikan masa berharga bagi Athens bagi persiapan pertempuran laut mutlak yang akan menentukan keputusan perperangan tersebut.[5] Kemenangan Yunani berikut dalam Pertempuran Salamis membawa kepada kemusnahan besar tentera laut Parsi dan Xerxes terpaksa berundur kembali ke Asia, meninggalkan sebahagian tenteranya di Yunani di bawah kepimpinan Mardonius, yang akan bertemu dengan tentera Yunani dalam satu lagi pertempuran buat kali terakhir. Spartan berkumpul pada kekuatan penuh dan mengetuai tentera Yunani sejagat (pan-Greek) yang mengalahkan tentera Parsi dengan mudah dalam Pertempuran Plataea, mengakhiri Perperangan Yunani-Parsi (Greco-Persian War) dan dengannya pengembangan Empayar Parsi ke Eropah. Prestasi pasukan bertahan dalam pertempuran Thermopylae sering kali digunakan sebagai kelebihan latihan, peralatan, dan penggunaan muka bumi yang baik sebagai pengganda kekuatan (force multipliers),[6] dan menjadi simbol keberanian menangani halangan yang menggunung.[6]

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran Thermopylae http://www.greektexts.com/library/Herodotus/Polymn... http://www.iranchamber.com/history/articles/persia... http://humanitieslab.stanford.edu/contemporaryarch... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per...